Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macam mana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil.

Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau.Sesekali Tidak Mengapa.

Sekian,

ADAM ZULKIFLI

Rasanya tak ramai yang ambik kisah bila melibatkan kasut sukan. Ada yang tengok pada jenama, ada yang tengok pada design kasut dan ada yang nak murah je. Tapi kali ini sekadar nak share tips memilih kasut sukan.

Kalau boleh beli kasut baru ketika hari menjelang petang kerana otot kaki masa itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika anda berolahraga.

Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki anda dan pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda. Selesa itu penting!

Pilih kasut senaman baru yang tidak ‘menggigit’ bahagian ibu jari kaki kerana harga kasut di pasaran bukannya murah dan kualiti tak seperti harga yang ditawarkan. Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga.

Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.

Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.

PIRAMID MAKANAN YANG SIHAT

Posted: May 20, 2012 in Uncategorized

Dari dulu kita telah diajar bahawa piramid makanan adalah seperti berikut :-

Tetapi kita telah mengetahui bahawa karbohidrat yang banyak boleh menyebabkan bermacam jenis penyakit seperti obesiti, kencing manis, sakit jantung dan juga kanser. Juga diketahui bahawa sayuran dan buahan banyak mengandungi antioksiden, anti-viral, anti-bakteria dan sebagainya termasuk berupaya sebagai penawar berbagai penyakit.

Kita juga tahu bahawa makanan terproses tidak ada zat makanan tetapi enak dimakan, gula yang banyak juga akan mengakibatkan berbagai penyakit, elok dielakkan. Air telah terbukti mempunyai sifat menyembuh apabila ia bersifat heksagon dan bertenaga.

Oleh itu piramid makanan yang sihat adalah seperti berikut :-

Diwarnakan merah bermaksud tidak baik untuk kesihatan tetapi jika rasa teringin sangat, bolehlah makan sedikit.

Lemak diperlukan oleh badan kita dan sebaiknya ialah minyak kelapa dan minyak zaitun. Elakkan minyak tak-tepu poli (poly unsaturated) kerana ia tak stabil dan bertukar jadi toksik apabila dipanaskan.

Susu tidak dimasukkan dalam senarai kerana susu yang ada hari ini ialah susu yang telah dipasturkan dan ini tidak baik untuk kesihatan. Manakala yogut dan keju baik kerana ia mengandungi bakteria sihat (friendly bacteria).

Apabila makan hidangan, sebaiknya ialah 1 bahagian nasi perang, 1 bahagian ikan atau daging atau ayam, 1 bahagian sayuran mentah dan 1 bahagian buahan, dan di samping itu sedikit kekacang , bijian dan yogut.

Air bertenaga heksagon perlu diminum 6 hingga 8 gelas sehari. Elakkan minum air sejuk selepas makan kerana air sejuk akan membekukan lemak dalam makanan dan merosakkan zat dan strukturnya dan ini tidak baik untuk kesihatan.

Antara kesalahan terbesar yang dilakukan oleh rata-rata orang yang bersukan ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti tersebut. Walaupun ia nampak remeh namun aktiviti memanaskan badan ini memberikan impak yang besar bukan sahaja pada badan anda malah pada prestasi anda ketika bersukan nanti.

Di dalam artikel ini ZL ingin berkongsi beberapa informasi berkaitan dengan kepentingan memanaskan badan sebelum bersukan atau bersenam agar ia menjadi tabiat (habit) yang dapat membantu anda. Berikut merupakan 7 sebab mengapa anda perlu “warm up” sebelum bersukan:

1. Mengelakkan Kecederaan

ZL yakin rata-rata dari kita tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita. Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.

2. Meningkatkan Prestasi

Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.

3. Mengelakkan Kekejangan Otot

Seperti yang saya terangkan diatas aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung Anda

Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba.

5. Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan

Kadangkala apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan kapisiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokkan harinya. Ia merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan memanaskan badan terlebih dahulu anda dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.

6. Membantu Anda Tahan lebih Lama

Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik. Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau bersenam.

7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus

Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Kita dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan anda akan menjadi lebih relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat membantu anda memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.

Kompenen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan
kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi bagi seseorang yang bergiat dalam bidang sukan -otot yang ingin mengekalkan tahap kecergasan mereka seperti seorang atlet , haruslah menguasai kedua-dua kompenen.
A ) Kompenen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
Terbahagi kepada 5 kompenen iaitu :
1)  Daya Tahan Kardiovaskular
Didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien ,terutama oksigen, menghantar ke otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal berterusan. Kompenen  ini  melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru.
2)  Daya Tahan Otot
Keupayaan otot menghasilkan submaximum yang berulang-ulang yang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Kompenen ini melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada itensiti yang rendah.
 3 ) Kekuatan Otot
Keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Kompenen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada itensiti   yang  tinggi.
 4 ) Fleksibiliti
Merujuk kepada pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti  perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan  pada bahagian sendi dan otot.
5 ) Komposisi Tubuh
Perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yangt lebih baik berbanding berat badan.Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.
B) Konsep Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor
Terbahagi kepada 6 kompenen :
1 ) Kepantasan
Keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat.
2 ) Kuasa
Berhubungkait dengan kadar melakukan sesuatu kerja.
3 ) Koordinasi
Pengunaan mengunakan deria seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.
4 ) Keseimbangan
Keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau dinamik.
5 ) Ketangkasan
Keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melaui ruang.
6 ) Masa Tindak Balas
Masa atau sesuatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.

Tangani stres sihat sepanjang hayat
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress.

Stres ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua mengalami stres di rumah, sekolah atau tempat kerja.

Kita perlu sedikit stres untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya stres boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang.

Stres yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan.

Kenapa anda stress?

* Diri sendiri (contoh: Anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu)

* Keluarga anda (contoh: Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan)

* Pekerjaan anda (contoh: Anda tidak dapat menyiapkan kerja, anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuas hati dengan kerja anda, anda tidak dinaikkan pangkat, tukar kerja, dibuang kerja)

* Komuniti anda (contoh: Jiran dan komuniti tidak ramah)

Bila anda rasa stress…

* Jantung berdengup kencang dan sukar bernafas

* Anda cepat marah

* Anda rasa tidak gembira

* Anda kehilangan selera makan

* Anda hilang minat bekerja

* Anda tidak lagi menikmati hobi

* Anda tidak cukup tidur

* Anda menengking-nengking

* Anda ingin membaling sesuatu

* Anda cuba menjauhkan diri

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

* Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: “Saya sedang marah”

* Bertenang… kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap

* Kenai pasti kenapa anda marah

* Cuba dengar penjelasan orang lain

* Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain

* Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan

* Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan

* Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Kuasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah cara IDEAL

I – Kenal pasti masalah (Identify the problem)

D – Jelaskan pilihan yang boleh diambil (Describe possible options)

E – Buat penilaian bagi setiap cadangan – baik dan buruknya (Evaluate consequences of each option – the pro’s and con’s)

A – Bertindak – pilih satu cara untuk bertindak (Act)

L – Belajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak (Learn)

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah

* Berfikir secara positif

* Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan

* Belajar menyukai diri sendiri

* Usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada

* Belajar menerima apa yang tidak dapat diubah

* Jangan risau tentang kekurangan yang ada Bertenang

* Lakukan senaman selalu

* Adakan hobi

* Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah

* Dapatkan tidur yang cukup

* Dapatkan teman untuk meluahkan masalah

* Bersifat asertif. Berani berkata “TIDAK” untuk kegiatan luar, jemputan atau temu janji yang anda tiada masa untuk hadiri

* Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda. Tidak semua anda dapat kecapi. Sedarilah bahawa tidak semua perkara penting seperti yang anda sangkakan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu kegemukan sejak dari dulu lagi menjadi topik perbualan. Namun, jika dulu, masalah kegemukan sering diperkatakan berlaku di kalangan dewasa, kini masalah sama dihadapi kanak-kanak dan ia bukanlah dianggap berita baik.

Pelbagai faktor dikaitkan dengan masalah kegemukan di kalangan kanak- kanak seperti gaya hidup dan pemakanan tidak terkawal. Namun, lumrah, ramai ibu bapa gembira melihat anakanak mereka gemuk kerana dianggap comel. Lalu diberi kasih sayang sepenuhnya termasuk keperluan lain seperti makanan dan minuman.

Namun, perlu diingat, gaya hidup seperti itu andai diteruskan hingga dewasa, bakal mengundang masalah seperti mudah mendapat penyakit selain faktor rasa rendah diri akibat obesiti.

Kegemukan yang dialami 98 peratus datang daripada sikap individu itu sendiri.

Dalam menangani isu kegemukan, faktor yang perlu diambil kira ialah soal keupayaan jantung untuk mengepam darah yang membawa nutrisi tertentu ke seluruh badan. Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin banyak bebanan jantung untuk mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi lemak.

Jika sudah dewasa, dikhuatiri anak anda yang sudah terbiasa dengan pemakanan dan berat badannya, berasa ingin berubah dan melakukan senaman.

Sehubungan itu, didikan dan rangsangan sejak dari kecil sangat digalakkan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu memberi panduan mengenai kepentingan menjaga pemakanan dan berat badan kepada anak mereka.