Pakaian Sesuai untuk Bersenam

Posted: May 1, 2012 in Uncategorized

BERPAKAIAN perlu kena pada tempatnya. Nasihat ini biasa diberikan kepada mereka yang menghadiri majlis rasmi seperti majlis makan malam atau majlis perkahwinan. Sudah tentu tidak kena gaya memakai seluar lusuh dan baju tanpa lengan pada majlis makan malam atau perkahwinan.Apa kena mengena pakaian dan bersenam? Jangan pandang remeh kepentingan berpakaian ketika bersenam kerana jika tidak kena gaya, pakaian akan mengubah aktiviti bersenam menjadi suatu penyiksaan.Pakaian bukan hanya penutup tubuh, malah mempunyai fungsi penting menentukan keselamatan diri ketika bersenam.Antara ciri penting pakaian ketika bersenam ialah perlu selesa, sesuai dengan saiz tubuh dan dapat melindungi tubuh daripada cuaca.

Sebagai contoh dari segi saiz, pakaian yang ketat menimbulkan masalah seperti bergesel dengan kulit serta mengehadkan pengaliran darah. Stokin terlalu besar pula menyebabkan anda tidak selesa kerana berlipat dalam kasut.

Bagaimanapun, di negara ini, berpakaian perlu mengambil kira aspek kesopanan. Jangan terlalu menjolok mata. Malah di sesetengah kelab kesihatan menetapkan kod etika berpakaian, apatah lagi di tempat awam.

Selain pakaian, peralatan perlindungan diri yang dapat melindungi diri amat penting, terutama bagi sesetengah jenis aktiviti atau sukan yang membabitkan pertembungan dengan objek bergerak atau orang lain.

Bagi wanita, coli sukan amat membantu, manakala dalam sesetengah jenis sukan memerlukan lelaki memakai seluar dalam getah untuk keselamatan.

Sebelum membeli, dapatkan pandangan pakar seperti jurulatih sukan untuk memilih pakaian dan peralatan yang sesuai dengan aktiviti senaman atau sukan yang disertai.

Bersenam dalam cuaca sejuk

Bersenam pada awal pagi atau di tempat seperti Cameron Highlands, mungkin menyebabkan anda perlu memakai pakaian lebih tebal untuk melindungi tubuh daripada kesejukan. Memakai topi juga dapat mencegah tubuh kehilangan haba melalui kepala.

Jika keadaan masih sejuk selepas bersenam, berhati-hati agar tidak kesejukan apabila menukar pakaian yang basah kuyup akibat berpeluh.

Bersenam dalam cuaca panas

Pakaian kapas adalah lebih baik berbanding sintetik gentian kerana mempercepatkan pengaliran keluar haba daripada tubuh dengan menyerap dan menyejat air peluh. Pilih pakaian yang longgar dan warna cerah untuk memantul sinaran matahari. Memakai topi juga boleh menghalang bahang panas.

Memakai barang kemas ketika bersenam

Barang kemas sukar dipisahkan dengan wanita. Mungkin kerana ingin bergaya walaupun ketika bersenam menyebabkan wanita memakai barang kemas. Bagaimanapun, kemalangan kecil dan

kadang-kala kecederaan serius boleh berlaku, terutama pada bahagian mata akibat pemakaian barang kemas.

Oleh itu, lebih baik menanggalkan barang kemas, termasuk jam sebelum bersenam atau bersukan, terutama yang membabitkan pertembungan fizikal.

Bersenam pada waktu malam

Sesetengah orang lebih suka bersenam pada waktu malam kerana keadaan lebih nyaman atau memang tiada masa pada waktu siang. Oleh itu, jika hendak berjalan kaki, berjoging atau berbasikal pada waktu malam, pastikan memakai pakaian putih atau cerah.

Lebih baik menggunakan jaket pemantul cahaya supaya pemandu kenderaan dapat melihat anda dengan jelas dan bersenam tidak berakhir dengan tragedi.

Jaket Keselamatan

Aktiviti sukan membabitkan air seperti di laut dan tasik berpotensi bertukar menjadi bahaya. Sebarang hentakan di bahagian kepala boleh menyebabkan anda pengsan dan menyebabkan kejadian lemas berlaku.

Walaupun mahir berenang, setiap orang perlu memakai jaket keselamatan ketika menyertai aktiviti seperti berkenu, perahu layar dan ski air. Ibu bapa dinasihat memastikan anak-anak memakai jaket keselamatan apabila menyertai aktiviti air.

Pelindung gusi

Semua jenis sukan yang membabitkan pertembungan fizikal perlu menggunakan pelindung gusi untuk melindungi gigi, bibir dan lidah yang mudah tercedera. Pelindung gusi juga mengurangkan risiko gusi pecah.

Anda dinasihat mendapatkan perkhidmatan doktor gigi untuk membuat pelindung gusi yang sesuai dengan anda.

Topi keledar

Kebiasaannya, alat ini dipakai dalam sukan seperti berbasikal dan menunggang kuda. Bagaimanapun, lebih baik anda menggunakan alat in jika mengambil bahagian dalam apa saja jenis sukan yang membabitkan risiko hentakan terhadap kepala.

Pelindung mata

Pelindung mata yang diperbuat daripada plastik tahan pecah amat penting dalam sukan seperti bola baling dan skuasy untuk mencegah kecederaan mata. Dalam sukan renang, alat ini menghalang air klorin menimbulkan masalah kepada mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s