Sofbol Di Malaysia

Peringkat Awal – dimainkan sebagai satu sukan rekreasi oleh mubaligh-mubaligh Amerika (1939) di ACS Kampar, Perak.

Perang Dunia Kedua – permainan sofbol terhenti.  Tetapi tentera Jepun yang menggemari permainan ini telah meneruskannya dengan menggunakan bola tenis.

Pada tahun 1960 – Mr. Jack Robinson telah mengadakan klinik Sofbol di seluruh Tanah Melayu dalam usaha untuk menghidupkan semula permainan ini.

Berbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempopularkan permainan ini termasuk memasukkannya ke dalam program MSSM namun masih tidak dapat sambutan yang mengalakkan dari beberapa buah negeri.

Pada akhir tahun 1960an, negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mempopularkan permainan ini antara tahun 1970 hingga 1973.

Pada tahun 1972, negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di Kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (SAM), di mana Dato’ Sri Haji Mohd Isa, Menteri Besar Perak pada waktu itu sebagai pengerusi dan didaftarkan pada 16 Mac 1997.

Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perakk yang hanya disertai oleh pasukan lelaki dari tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Kemudian, beberapa buah negeri lain turut berminat menjadi anggota SAM termasuk RAAF Softball Association of Malaysia.

Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN pertama telah diadakan di Kuala Lumpur dan telah disertai oleh lima buah pasukan.  Malaysia telah memperolehi tempat ketiga.

Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan Sofbol buat pertama kalinya ke luar negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina.  Pada tahun tersebut, Kejohanan sofbol ASEAN untuk wanita yang pertama juga telah diadakan.

Pada tahun 1979, permainan sofbol telah diterima bagi pertama kali dimasukkan ke dalam sukan SEA.  Malaysia hanya menyertai acara lelaki sahaja dan berjaya menduduki tempat ketiga.

Pada tahun1982, pasukan Sofbol Wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.

Kini, permainan sofbol telah berkembang di seluruh tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s