Teknik Melakukan Pitching

Kemahiran Asas Sofbol : Pitching


Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan.  Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan.  Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang.

Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan.

Gaya Pitching

Terdapat dua gaya pitching iaitu:

1.        GayaAyunan (Slingshot).

2.       Gaya Kipas angin (Windmill).

Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gayayang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher.  Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar.

Cara Melakukan Pitching

Gaya Ayunan (Slingshot).

Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin.  Perbezaan yang wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill).

1.1   Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola.

1.2   Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.

1.3   Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola. Kepirkan bola semasa melintasi sisi peha.

Gaya Kipas Angin (Windmill).

2.1   Sebelum melakukan pitchingpitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan.

2.2   Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit badannya.

2.3   Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar.

2.4   Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit.

2.5   Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut. Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s